Sunday 12 November 2017

Kadar Sewa Harisya Homestay


A) Kadar Sewa Harian:         Isnin- Jumaat : RM230.00/malam;
                                             Sabtu- Ahad : RM250.00/malam.

**Diskaun diberikan kepada tetamu yang menyewa melebihi 1 hari iaitu potongan sebanyak RM10.00/ malam (weekday) dan RM15.00/ malam (weekend).


B) Kadar Sewa Mingguan: RM1,400.00

C) Kadar Sewa Bulanan: RM5,500.00


  1. Waktu check-in adalah pada pukul 02.00 petang dan Check-out sebelum pukul 12:00 tengahari. Pohon jasa baik tuan/puan untuk WhatsApp/SMS bagi memaklumkan pemilik setengah jam sebelum check in dan check out.
  2. Sekiranya tuan/puan ingin memohon pelanjutan masa check-out, bayaran dikenakan dengan kadar RM10/jam atau dengan persetujuan budi bicara pemilik homestay. (Dengan syarat tiada pelanggan lain pada hari berkenaan).
  3. Deposit RM100/malam dikenakan untuk tempahan tarikh sewaan homestay. (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan). 
  4. Bayaran penuh dibuat semasa semasa menerima kunci atau check-in.




Syarat-syarat dan Peraturan Menginap di Harisya Homestay


Para tetamu diminta mematuhi syarat-syarat dan peraturan berikut:
  1. Kapasiti tetamu/penghuni yang disarankan adalah seramai 10 orang atau maksimum 15 orang sahaja bagi menjamin keselesaan para penghuni homestay ini.
  2. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali.
  3. Pohon jasa baik tuan/puan untuk menjaga adab-adab kejiranan, menghormati hak-hak penduduk tetap, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising.
  4. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain. Kenderaan tetamu homestay boleh diletakkan di parkir khas homestay atau parkir pelawat .
  5. Bahan-bahan yang menyalahi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  6. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa ke homestay ini.
  8. Pohon jasa baik tuan/puan untuk menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
  9. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
  10. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula ke tempat asalnya.
  11. Dilarang untuk merokok di dalam premis homestay untuk memberi keselesaan kepada tetamu pada masa akan datang.
  12. Semua peralatan yang disediakan didalam homestay ini  boleh digunakan oleh penyewa. Peralatan tersebut hendaklah digunakan dengan secara berhemah dan cermat. Jika terdapat kerosakan sebelum digunakan, sila lapor kepada pemilik homestay dengan kadar segera.
  13. Tutup suis lampu, kipas, aircond dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan.
  14. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.
  15. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Pohon jasa baik tuan/puan untuk tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.
  16. Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan.
  17. Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal.
  18. Peraturan mandi di kolam renang adalah dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti ditemani dan dipantau oleh ibubapa/orang dewasa.
  19. Pengurus/pemilik rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.

Tanggungjawab (liability):
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan yang dibawa masuk atau disimpan oleh anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan bayaran kerana kecuaian, kelalaian anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
  • Kerosakan alatan kerana  kecuaian pengguna mestilah ditanggung oleh penyewa. Pemilik homestay boleh  membuat tuntutan ganti rugi di atas kerosakan tersebut. Kerjasama penyewa amat dihargai.


Nota: Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menukar atau meminda mana-mana peraturan atau syarat pada bila-bila masa.

Kadar Sewa Harisya Homestay

A) Kadar Sewa Harian:         Isnin- Jumaat : RM230.00/malam;                                              Sabtu- Ahad : RM250.00/malam. ...