Sunday 12 November 2017

Kadar Sewa Harisya Homestay


A) Kadar Sewa Harian:         Isnin- Jumaat : RM230.00/malam;
                                             Sabtu- Ahad : RM250.00/malam.

**Diskaun diberikan kepada tetamu yang menyewa melebihi 1 hari iaitu potongan sebanyak RM10.00/ malam (weekday) dan RM15.00/ malam (weekend).


B) Kadar Sewa Mingguan: RM1,400.00

C) Kadar Sewa Bulanan: RM5,500.00


  1. Waktu check-in adalah pada pukul 02.00 petang dan Check-out sebelum pukul 12:00 tengahari. Pohon jasa baik tuan/puan untuk WhatsApp/SMS bagi memaklumkan pemilik setengah jam sebelum check in dan check out.
  2. Sekiranya tuan/puan ingin memohon pelanjutan masa check-out, bayaran dikenakan dengan kadar RM10/jam atau dengan persetujuan budi bicara pemilik homestay. (Dengan syarat tiada pelanggan lain pada hari berkenaan).
  3. Deposit RM100/malam dikenakan untuk tempahan tarikh sewaan homestay. (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan). 
  4. Bayaran penuh dibuat semasa semasa menerima kunci atau check-in.




Syarat-syarat dan Peraturan Menginap di Harisya Homestay


Para tetamu diminta mematuhi syarat-syarat dan peraturan berikut:
  1. Kapasiti tetamu/penghuni yang disarankan adalah seramai 10 orang atau maksimum 15 orang sahaja bagi menjamin keselesaan para penghuni homestay ini.
  2. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali.
  3. Pohon jasa baik tuan/puan untuk menjaga adab-adab kejiranan, menghormati hak-hak penduduk tetap, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising.
  4. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain. Kenderaan tetamu homestay boleh diletakkan di parkir khas homestay atau parkir pelawat .
  5. Bahan-bahan yang menyalahi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  6. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa ke homestay ini.
  8. Pohon jasa baik tuan/puan untuk menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
  9. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
  10. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula ke tempat asalnya.
  11. Dilarang untuk merokok di dalam premis homestay untuk memberi keselesaan kepada tetamu pada masa akan datang.
  12. Semua peralatan yang disediakan didalam homestay ini  boleh digunakan oleh penyewa. Peralatan tersebut hendaklah digunakan dengan secara berhemah dan cermat. Jika terdapat kerosakan sebelum digunakan, sila lapor kepada pemilik homestay dengan kadar segera.
  13. Tutup suis lampu, kipas, aircond dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan.
  14. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.
  15. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Pohon jasa baik tuan/puan untuk tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.
  16. Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan.
  17. Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal.
  18. Peraturan mandi di kolam renang adalah dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti ditemani dan dipantau oleh ibubapa/orang dewasa.
  19. Pengurus/pemilik rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.

Tanggungjawab (liability):
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan yang dibawa masuk atau disimpan oleh anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan bayaran kerana kecuaian, kelalaian anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
  • Kerosakan alatan kerana  kecuaian pengguna mestilah ditanggung oleh penyewa. Pemilik homestay boleh  membuat tuntutan ganti rugi di atas kerosakan tersebut. Kerjasama penyewa amat dihargai.


Nota: Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menukar atau meminda mana-mana peraturan atau syarat pada bila-bila masa.

Monday 23 October 2017

Tips Mencari Homestay untuk Percutian Keluarga

Memilih lokasi  penginapan yang terbaik untuk percutian boleh memberi makna yang mendalam kepada percutian anda sekeluarga. Pelbagai tawaran diberikan oleh pengusaha homestay untuk memikat hati pelanggan. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan yang bijak dengan memilih tawaran yang memberi nilai terhadap setiap sen yang anda laburkan. Pastikan anda membuat perancangan dan pilihan yang tepat berdasarkan tips yang telah diberikan:

1) Lokasi homestay

Pilihlah homestay yang strategik atau terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan atau lokasi yang anda ingin tuju. Anda boleh menyemak jarak kawasan yang ingin dilawati dengan menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze. Jarak yang dekat pasti dapat menjimatkan masa dan kos minyak anda.


Harisya Homestay terletak di Sekyen 7, Shah Alam dan berhampiran dengan I-City, Taman Botani, Taman Tasik Seksyen 7 dan Wet World Water Park. Homestay kami juga terletak berhampiran dengan pusat membeli belah seperti Giant Hypermarket, Jakel, Jusco Bukit Raja dan butik ternama seperti Fareeda, Ariani,  Jovian, Caryazara, Radiusite serta pelbagai jenama online terkenal.

Gedung tekstil Jakel

2) Bilangan ahli rombongan

Kenal pasti kapasiti atau bilangan ahli keluarga/rombongan yang akan mengikuti percutian tersebut. Dari itu, anda akan dapat menentukan jenis penginapan yang bakal dipilih samada tinggal di hotel, asrama atau homestay.

Harisya Homestay mempunyai 3 bilik dan dilengkapi 2 buah katil queen dan 1 buah katil single. Kami juga menyediakan 2 buah tilam toto serta bantal tambahan kepada pelanggan yang mempunyai keluarga yang besar.

Bagi rombongan atau pelanggan yang memerlukan lebih dari sebuah homestay, di apartment ini juga mempunyai beberapa pengusaha lain yang turut menawarkan harga yang berpatutan.


3) Kemudahan yang disediakan

Pastikan homestay yang dicari mempunyai pelbagai kemudahan yang  sesuai dengan keperluan keluarga anda. Terutama sekali bagi percutian keluarga yang panjang. Anda boleh berbincang dengan pemilik untuk melawat terlebih dahulu homestay berkenaan bagi melihat keadaan sebenar homestay sebelum membuat tempahan. Adakalanya foto yang diberikan adalah berbeza dengan keadaan sebenar kerana tidak dikemaskini. Pastikan segala kemudahan berfungsi dan dalam keadaan baik.

Masjid Seksyen 7

Harisya Homestay menyediakan penyaman udara dan pemanas air bagi memberi keselesaan kepada setiap pelanggan. Pelanggan juga dibenarkan untuk memasak kerana dapur kami dilengkapi kemudahan memasak yang lengkap seperti dapur gas, ketuhar pembakar, cerek elektrik, toaster, periuk nasi dan peti sejuk. Homestay ini juga mempunyai kemudahan kolam renang, taman permainan, perkhidmatan dobi dan kedai runcit. Homestay ini menyediakan seterika, iron board, sejadah dan telekung. Jika anda ingin ke masjid, anda boleh berjalan kaki untuk menunaikan solat 5 waktu kerana homestay ini terletak hanya 50 meter ke masjid.
 
Kedai dobi & kedai runcit

4) Buat perbandingan 

Tetapkan bajet dan buat kajian sebelum menempah homestay. Anda boleh membuat carian di dalam agen carian seperti Google, Yahoo, Mudah, Facebook atau boleh juga melayari portal tempahan seperti www.booking.com, www.bnb.com. Senaraikan seberapa banyak pilihan yang ada dan buat perbandingan. Sesetengah homestay ada mengadakan promosi pada tempoh-tempoh tertentu dan memberi diskaun jika menyewa dalam tempoh yang panjang. Semak "reviews" atau comments pelanggan yang lain bagi melihat prestasi homestay dan tahap kepuasan pelanggan.

5) Fahami syarat-syarat tempahan

Setiap homestay mempunyai polisi atau syarat yang berbeza-beza. Sesetengah pengusaha homestay mengenakan Cagaran (Cleaning Fee) dan Deposit (Booking Fee). Cagaran merupakan jaminan oleh pelanggan bagi memastikan kemudahan yang disediakan di homestay dijaga dengan baik, tidak dirosakkan atau dihilangkan serta memastikan homestay tidak terlalu kotor. Harisya Homestay mengenakan bayaran cagaran sebanyak RM50.00. Wang ini akan dipulangkan setelah pemilik berpuas hati dengan keadaan homestay setelah tetamu check out.

Deposit sebanyak RM100.00 pula merupakan perjanjian tanda jadi antara pelanggan dan pemilik homestay bagi menempah tarikh yang telah dipersetujui. Justifikasinya, pemilik akan menutup tempahan dari penyewa lain pada tarikh yang sama. Pelanggan berisiko kehilangan deposit jika membatalkan tempahan di saat akhir.

Setiap penghuni yang menginap di Harisya Homestay haruslah menjaga adab, tidak membuat bising dan memastikan semua penghuninya mempunyai hubungan muhrim. Bagi memastikan keselesaan pelanggan yang akan datang, Harisya Homestay mengenakan polisi melarang pelanggan menghisap rokok di dalam premis homestay. Pelanggan juga dilarang memakai kasut, membawa haiwan peliharaan dan minuman beralkohol ke dalam homestay.

6) Kebersihan, Keselesaan & Jaminan Keselamatan

Pastikan homestay yang dipilih adalah selesa, bersih dan selamat. Periksa cadar, sarung bantal dan selimut semasa anda memasuki homestay berkenaan. Anda berhak meminta supaya cadar, selimut atau sarung bantal ditukar jika dalam keadaan kotor. Pemilik homestay haruslah memastikan peralatan berkenaan disalin dan dicuci setiap kali bertukar pelanggan.

Sebaik-baiknya, pilihlah homestay yang dikelilingi pagar. Ini memastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat dan anda sendiri dapat menginap dengan tenang. Apartment Kristal Heights merupakan premis berpagar serta mempunyai kawalan keselamatan 24 jam. Homestay ini dilengkapi dengan 2 tempat letak kereta khas dan juga tempat letak kereta untuk pelawat.
Kediaman berpagar & berpengawal

Harisya Homestay menjanjikan pemandangan dari balkoni yang sangat cantik dan tenang pada waktu malam. Kawasan persekitaran juga bersih dan mempunyai kejiranan yang tenteram.
Pemandangan malam

Monday 16 October 2017

Harisya Homestay dibuka utk tempahan

Islamik Homestay
💚💚💚💚💚💚💚💚

Harisya Homestay, Apartment Kristal Heights, Seksyen 7, Shah Alam Selangor.


  • Apartment yang luas dan selesa.


  • 3 bilik tidur, 2 tandas (1 water heater).
  • 2 penghawa dingin (master bedroom dan ruang tamu).





  • Kemudahan dapur yang lengkap (peti ais, cerek elektrik, ketuhar pembakar, toaster, periuk nasi, dapur gas & kitchen cabinet dan perkakas dapur) teh, kopi, gula.




  • Sesuai utk 2 atau 3 buah keluarga (toto, bantal & selimut extra disediakan).
  • Dilengkapi sejadah, telekung, tasbih, al-quran, buku-buku  islamik, iron, iron board, tuala, tv, hangers, etc 



  • 2 buah parking khas
  • Kawasan berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan
  • 2 buah lift berfungsi setiap masa
  • Mempunyai kolam renang, taman permainan & perkhidmatan dobi.




  • Balkoni menghadap masjid & I-City.
  • Kedai runcit di tingkat bawah.

  • Berdekatan masjid (jalan kaki shj) dan Hospital Shah Alam.
  • Lokasi strategik untuk percutian keluarga (I-City, Taman Tasik Seksyen 7, Taman Botani Shah Alam, Wet World Water Park dan Pusat Bandar Shah Alam).
  • Berhampiran dengan lokasi membeli-belah (Jakel, Aeon Bukit Tinggi, Giant, Fareeda, Caryazara, Jovian, Zawara, Radiusite, Calaqisya dan pelbagai jenama online terkenal).

  • Strategik untuk penginapan keluarga menghadiri Majlis Konvokesyen UiTM, UNISEL, MSU, PTPL & Politeknik Shah Alam.
  • Sesuai untuk rombongan menonton perlawanan bola sepak. 15 minit ke Stadium Shah Alam.


#Akses mudah melalui Tol Batu Tiga ke PLUS Highway, Federal Highway dan ELITE Expressway
#15 minit ke Klang & Subang Jaya
#45 minit ke Kuala Lumpur & Putrajaya

Kadar sewaan:
RM250 satu malam (weekend)
RM230 satu malam (weekdays)

Cagaran rosak/hilang/kebersihan RM50 (refundable).

Booking & deposit RM100

Diskaun diberikan bagi penyewa yang menginap lebih dari 1 malam.
(Weekdays RM10/malam, weekend RM15/ malam)

Check-in: 2.00 pm, Check-out 12.00 pm.

Hanya dibenarkan untuk penghuni yang mempunyai hubungan muhrim atau sudah berkahwin.


Utk tempahan dan pertanyaan lanjut. Sila hubungi:

Whatsapp:
Https://www.wasap.my/+60104041182

Https://www.wasap.my/+60126450356

Kadar Sewa Harisya Homestay

A) Kadar Sewa Harian:         Isnin- Jumaat : RM230.00/malam;                                              Sabtu- Ahad : RM250.00/malam. ...