Monday 23 October 2017

Tips Mencari Homestay untuk Percutian Keluarga

Memilih lokasi  penginapan yang terbaik untuk percutian boleh memberi makna yang mendalam kepada percutian anda sekeluarga. Pelbagai tawaran diberikan oleh pengusaha homestay untuk memikat hati pelanggan. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan yang bijak dengan memilih tawaran yang memberi nilai terhadap setiap sen yang anda laburkan. Pastikan anda membuat perancangan dan pilihan yang tepat berdasarkan tips yang telah diberikan:

1) Lokasi homestay

Pilihlah homestay yang strategik atau terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan atau lokasi yang anda ingin tuju. Anda boleh menyemak jarak kawasan yang ingin dilawati dengan menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze. Jarak yang dekat pasti dapat menjimatkan masa dan kos minyak anda.


Harisya Homestay terletak di Sekyen 7, Shah Alam dan berhampiran dengan I-City, Taman Botani, Taman Tasik Seksyen 7 dan Wet World Water Park. Homestay kami juga terletak berhampiran dengan pusat membeli belah seperti Giant Hypermarket, Jakel, Jusco Bukit Raja dan butik ternama seperti Fareeda, Ariani,  Jovian, Caryazara, Radiusite serta pelbagai jenama online terkenal.

Gedung tekstil Jakel

2) Bilangan ahli rombongan

Kenal pasti kapasiti atau bilangan ahli keluarga/rombongan yang akan mengikuti percutian tersebut. Dari itu, anda akan dapat menentukan jenis penginapan yang bakal dipilih samada tinggal di hotel, asrama atau homestay.

Harisya Homestay mempunyai 3 bilik dan dilengkapi 2 buah katil queen dan 1 buah katil single. Kami juga menyediakan 2 buah tilam toto serta bantal tambahan kepada pelanggan yang mempunyai keluarga yang besar.

Bagi rombongan atau pelanggan yang memerlukan lebih dari sebuah homestay, di apartment ini juga mempunyai beberapa pengusaha lain yang turut menawarkan harga yang berpatutan.


3) Kemudahan yang disediakan

Pastikan homestay yang dicari mempunyai pelbagai kemudahan yang  sesuai dengan keperluan keluarga anda. Terutama sekali bagi percutian keluarga yang panjang. Anda boleh berbincang dengan pemilik untuk melawat terlebih dahulu homestay berkenaan bagi melihat keadaan sebenar homestay sebelum membuat tempahan. Adakalanya foto yang diberikan adalah berbeza dengan keadaan sebenar kerana tidak dikemaskini. Pastikan segala kemudahan berfungsi dan dalam keadaan baik.

Masjid Seksyen 7

Harisya Homestay menyediakan penyaman udara dan pemanas air bagi memberi keselesaan kepada setiap pelanggan. Pelanggan juga dibenarkan untuk memasak kerana dapur kami dilengkapi kemudahan memasak yang lengkap seperti dapur gas, ketuhar pembakar, cerek elektrik, toaster, periuk nasi dan peti sejuk. Homestay ini juga mempunyai kemudahan kolam renang, taman permainan, perkhidmatan dobi dan kedai runcit. Homestay ini menyediakan seterika, iron board, sejadah dan telekung. Jika anda ingin ke masjid, anda boleh berjalan kaki untuk menunaikan solat 5 waktu kerana homestay ini terletak hanya 50 meter ke masjid.
 
Kedai dobi & kedai runcit

4) Buat perbandingan 

Tetapkan bajet dan buat kajian sebelum menempah homestay. Anda boleh membuat carian di dalam agen carian seperti Google, Yahoo, Mudah, Facebook atau boleh juga melayari portal tempahan seperti www.booking.com, www.bnb.com. Senaraikan seberapa banyak pilihan yang ada dan buat perbandingan. Sesetengah homestay ada mengadakan promosi pada tempoh-tempoh tertentu dan memberi diskaun jika menyewa dalam tempoh yang panjang. Semak "reviews" atau comments pelanggan yang lain bagi melihat prestasi homestay dan tahap kepuasan pelanggan.

5) Fahami syarat-syarat tempahan

Setiap homestay mempunyai polisi atau syarat yang berbeza-beza. Sesetengah pengusaha homestay mengenakan Cagaran (Cleaning Fee) dan Deposit (Booking Fee). Cagaran merupakan jaminan oleh pelanggan bagi memastikan kemudahan yang disediakan di homestay dijaga dengan baik, tidak dirosakkan atau dihilangkan serta memastikan homestay tidak terlalu kotor. Harisya Homestay mengenakan bayaran cagaran sebanyak RM50.00. Wang ini akan dipulangkan setelah pemilik berpuas hati dengan keadaan homestay setelah tetamu check out.

Deposit sebanyak RM100.00 pula merupakan perjanjian tanda jadi antara pelanggan dan pemilik homestay bagi menempah tarikh yang telah dipersetujui. Justifikasinya, pemilik akan menutup tempahan dari penyewa lain pada tarikh yang sama. Pelanggan berisiko kehilangan deposit jika membatalkan tempahan di saat akhir.

Setiap penghuni yang menginap di Harisya Homestay haruslah menjaga adab, tidak membuat bising dan memastikan semua penghuninya mempunyai hubungan muhrim. Bagi memastikan keselesaan pelanggan yang akan datang, Harisya Homestay mengenakan polisi melarang pelanggan menghisap rokok di dalam premis homestay. Pelanggan juga dilarang memakai kasut, membawa haiwan peliharaan dan minuman beralkohol ke dalam homestay.

6) Kebersihan, Keselesaan & Jaminan Keselamatan

Pastikan homestay yang dipilih adalah selesa, bersih dan selamat. Periksa cadar, sarung bantal dan selimut semasa anda memasuki homestay berkenaan. Anda berhak meminta supaya cadar, selimut atau sarung bantal ditukar jika dalam keadaan kotor. Pemilik homestay haruslah memastikan peralatan berkenaan disalin dan dicuci setiap kali bertukar pelanggan.

Sebaik-baiknya, pilihlah homestay yang dikelilingi pagar. Ini memastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat dan anda sendiri dapat menginap dengan tenang. Apartment Kristal Heights merupakan premis berpagar serta mempunyai kawalan keselamatan 24 jam. Homestay ini dilengkapi dengan 2 tempat letak kereta khas dan juga tempat letak kereta untuk pelawat.
Kediaman berpagar & berpengawal

Harisya Homestay menjanjikan pemandangan dari balkoni yang sangat cantik dan tenang pada waktu malam. Kawasan persekitaran juga bersih dan mempunyai kejiranan yang tenteram.
Pemandangan malam

No comments:

Post a Comment

Kadar Sewa Harisya Homestay

A) Kadar Sewa Harian:         Isnin- Jumaat : RM230.00/malam;                                              Sabtu- Ahad : RM250.00/malam. ...